Wednesday, July 23, 2008

What Year Do You Belong In?




You Belong in 1994



With you anything goes! You're grunge one day, ghetto fabulous the next. It's all good!

Tuesday, July 08, 2008

Makanan Berkhasiat

Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan minda dan badan. Bersarapan pada pagi hari juga penting agar murid-murid dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajar oleh guru dengan perut yang penuh dengan khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh minda. Antara makanan berkhasiat adalah roti prata tetapi harus beserta dengan sayur-sayuran dan kurangkan minyak.

Selain itu roti prata juga merupakan makanan yang datang dari Selatan India. Namun roti prata di negara India tidaklah berminyak seperti yang ada di Singapura.


Friday, September 15, 2006

Ya Allah

Ya Allah Today, upon a bus, I saw a girl with golden hair. and wished I was as fair. When suddenly she rose to leave, I saw her hobble down the aisle. She had one leg and wore a crutch. But as she passed, a smile. Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 legs, the world is mine. I stopped to buy some candy. The lad who sold it had such charm. I talked with him, he seemed so glad. If I were late, it'd do no harm. And as I left, he said to me, "I thank you, you've been so kind. It's nice to talk with folks like you. You see," he said, "I'm blind." Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 eyes, the world is mine. Later while walking down the street, I saw a child with eyes of blue. He stood and watched the others play. He did not know what to do. I stopped a moment and then I said, "Why don't you join the others, dear?" He looked ahead without a word. And then I knew, he couldn't hear. Ya Allah, forgive me when I whine. I have 2 ears, the world is mine. With feet to take me where I'd go. With eyes to see the sunset's glow. With ears to hear what I'd know. Ya Allah, forgive me when I whine. I've been blessed indeed, the world is mine.
Kerja Kumpulan 1




Mereka watak:

· Fikirkan tentang nama suatu watak dan tuliskan
· Berikan kertas itu kepada rakan di sebelah kiri kamu dan lihat nama yang tertera
· Sekarang, reka perwatakan orang tersebut, tuliskan di kertas
· Tuliskan pula apakah agaknya pekerjaan yang dijawat oleh watak tersebut
· Sekarang, bayangkan wtak itu masuk ke dalam kelas. Apakah yang akan watak itu katakan?
· Berkongsi dengan rakan-rakan lain di dalam kelas.


Peringatan: Watak dan perwatakan haruslah logik konsisten.




Kerja Kumpulan 2

· Sambung ayat ini:

Apabila peluru itu berhenti …


· Kemudian berikan kepada rakan disebelah kamu untuk disambung dengan ayat mereka




· Orang pertama harus rekakan watak
· Orang kedua harus reka tempat kejadian itu berlaku
· Orang ketiga harus mereka masalah yang dihadapi oleh watak tersebut
· Orang keempat harus mencari penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi oleh watak tersebut

Kata Adjektif

Digunakan untuk menerangkan tentang sifat atau keadaan suatu:
• benda
• orang
• tempat
• binatang
• dan sebagainya

Kata adjektif juga boleh disertakan dengan kata penguat seperti amat, paling, agak, kurang, terlalu, lebih dan sangat.


a)Kata adjektif yang menerangkan keadaan dan cara:
• cantik
• tenang
• terang
• kaya
• miskin
• tenteram
• damai
• sihat dan sebaginya
Contoh ayat: Orang kaya itu banyak duit.


b) Kata adjektif yang menerangkan warna:
• hijau
• kuning
• merah
• putih
• hitam
• perang
• kelabu
Contoh ayat: Kereta itu berwarna merah.



c) Kata adjektif menerangkan bentuk:
• bulat
• lonjong
• pipih
• bengkok
• bundar
• segi empat
Contoh ayat: Tiang itu bengkok kerana dilanggar kereta.


d) Kata adjektif yang menerangkan jarak dan ukuran:
• jauh
• dekat
• hampir
• panjang
• pendek
• berat
• ringan
• lama
Contoh ayat: Ayah menjolok buah mangga dengan sebatang galah yang panjang.



e) Kata adjektif yang menerangkan sikap dan perasaan:
• rajin
• malas
• berani
• sombong
• sabar
• tabah
• tekun
• gigih
Contoh ayat: Azmi seorang yang tabah dan gigih berusaha.



f) Kata adjektif yang menerangkan pancaindera:
• wangi
• busuk
• merdu
• nyaring
• lantang
• dingin
• masin
• masam
• pahit
Contoh ayat: Ubat itu rasanya pahit, manakala gula pula rasanya manis.