Friday, September 15, 2006

Kata Adjektif

Digunakan untuk menerangkan tentang sifat atau keadaan suatu:
• benda
• orang
• tempat
• binatang
• dan sebagainya

Kata adjektif juga boleh disertakan dengan kata penguat seperti amat, paling, agak, kurang, terlalu, lebih dan sangat.


a)Kata adjektif yang menerangkan keadaan dan cara:
• cantik
• tenang
• terang
• kaya
• miskin
• tenteram
• damai
• sihat dan sebaginya
Contoh ayat: Orang kaya itu banyak duit.


b) Kata adjektif yang menerangkan warna:
• hijau
• kuning
• merah
• putih
• hitam
• perang
• kelabu
Contoh ayat: Kereta itu berwarna merah.



c) Kata adjektif menerangkan bentuk:
• bulat
• lonjong
• pipih
• bengkok
• bundar
• segi empat
Contoh ayat: Tiang itu bengkok kerana dilanggar kereta.


d) Kata adjektif yang menerangkan jarak dan ukuran:
• jauh
• dekat
• hampir
• panjang
• pendek
• berat
• ringan
• lama
Contoh ayat: Ayah menjolok buah mangga dengan sebatang galah yang panjang.



e) Kata adjektif yang menerangkan sikap dan perasaan:
• rajin
• malas
• berani
• sombong
• sabar
• tabah
• tekun
• gigih
Contoh ayat: Azmi seorang yang tabah dan gigih berusaha.



f) Kata adjektif yang menerangkan pancaindera:
• wangi
• busuk
• merdu
• nyaring
• lantang
• dingin
• masin
• masam
• pahit
Contoh ayat: Ubat itu rasanya pahit, manakala gula pula rasanya manis.

No comments: